Rabu, 5 April 2017 | 11:49pm

13 pemberontak maut serangan udara di Yaman

ADEN: Seramai 13 pemberontak terbunuh dalam serangan udara tentera gabungan diketuai Arab Saudi di pantai barat Yaman, hari ini, kata pegawai tentera dan perubatan.

Pegawai tentera berkata, pesawat perang dan helikopter Apache menyasarkan kedudukan pemberontak di Taif dan Nakjliya, terletak 10 kilometer selatan bandar Laut Merah, Hodeida.

Katanya, serangan itu turut memusnahkan lima bot nelayan yang didakwa digunakan pemberontak Syiah Houthi untuk menghantar senjata ke isle Tarfa, kira-kira lima kilometer luar pesisir pantai.

Pesawat perang tentera gabungan diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, sering menyasarkan kedudukan pemberontak.

Kerajaan berkata, Hodeida adalah sasaran seterusnya dalam kempen ketenteraan untuk menghalau pemberontak daripada pantai Laut Merah, terutama untuk menghentikan penyeludupan senjata kepada anggotanya. - AFP

Berita Harian X