WASHINGTON: Ivanka Trump merancang untuk menghadiri persidangan penguasaan ekonomi wanita (W20) di Jerman, kata seorang pegawai pentadbiran kanan Amerika Syarikat.
Anak perempuan Presiden Trump itu dijemput Canselor Jerman ketika lawatan Angela Merkel ke Rumah Putih, baru-baru ini.
Persidangan W20 yang dijadualkan berlangsung di Berlin, lewat April ini, menumpukan usaha pembangunan wanita dalam negara ahli G20.
Bagaimanapun, penyertaan Ivanka masih disusun dan beliau berharap dapat mengkaji program pembangunan wanita yang berjaya, ketika lawatan itu. - AP