Jumaat, 17 March 2017 | 7:19am

Lagi dakwaan intipan terhadap Trump

PRESIDEN Donald Trump. - Foto EPA
PRESIDEN Donald Trump. - Foto EPA

WASHINGTON: Rumah Putih hari ini, mengulangi satu laporan media yang tidak disahkan bahawa Presiden Barack Obama meminta ibu pejabat agensi perisikan Britain (GCHQ) untuk memantau Donald Trump.

Dalam sidang media di Rumah Putih, Setiausaha Akhbar, Sean Spicer, memetik laporan panjang lebar Fox News, yang mendakwa Obama menggunakan GCHQ untuk mengelak sekatan undang-undang bagi membolehkannya memantau rakyat Amerika Syarikat (AS).

Ia adalah salah satu daripada beberapa versi yang ditawarkan Spicer sebagai bukti menyokong dakwaan Presiden Donald Trump bahawa Obama bertindak 'mengintip telefonnya'.

Ahli Kongres kedua-dua pihak yang menyiasat dakwaan itu mendapati tiada bukti menyokong tuduhan itu.

Dalam laporan Fox yang dibuat hampir dua minggu kemudian, Andrew Napolitano mendakwa tiga sumber perisikan memaklumkan kepada Fox News bahawa Obama bertindak di luar rantaian kuasa pemerintah untuk mengarahkan pengintipan itu. - AFP

Berita Harian X