Sabtu, 11 March 2017 | 9:06pm

15 maut pertempuran di Yaman

Tujuh anggota tentera Yaman dan lapan pemberontak terbunuh dalam pertempuran sengit selama 24 jam berdekatan bandar Mokha di pesisiran pantai Laut Merah, hari ini. - Foto www.dailymail.co.uk
Tujuh anggota tentera Yaman dan lapan pemberontak terbunuh dalam pertempuran sengit selama 24 jam berdekatan bandar Mokha di pesisiran pantai Laut Merah, hari ini. - Foto www.dailymail.co.uk

ADEN: Tujuh anggota tentera Yaman dan lapan pemberontak terbunuh dalam pertempuran sengit selama 24 jam berdekatan bandar Mokha di pesisiran pantai Laut Merah, hari ini.

Insiden terbaru itu berlaku di perkampungan Yakhtul, 14 kilometer di utara bandar berkenaan yang kini berada dalam penguasaan kerajaan.

Ia membabitkan serangan udara dilancarkan ke atas kubu pemberontak oleh pasukan gabungan diketuai Arab Saudi.

Tempat penuh sejarah itu berjaya dirampas semula oleh pasukan kerajaan pada 10 Februari lalu, hasil serangan berterusan dilancarkan di sepanjang 450 km pesisir pantai yang sebelum ini dikuasai penuh pihak pemberontak. - AFP

Berita Harian X