Jumaat, 3 Februari 2017 | 5:38pm
Kondom.
Kondom.

Filipina tolak pengedaran kondom di sekolah

MANILA: Kementerian Pendidikan Filipina menolak rancangan untuk mengedarkan kondom di sekolah-sekolah, secara tidak langsung menyekat langkah yang bertujuan mengekang penularan wabak HIV di negara antara yang terpantas di Asia itu.

Pada Disember lalu, Jabatan Kesihatan menyatakan akan memberi alat pencegah kehamilan di sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada strategi mencegah jangkitan HIV, sekali gus mengundang kritikan beberapa beberapa ahli parlimen dan paderi di negara majoriti Katolik itu.

Filipina mengalami epidemik HIV dengan kumpulan hak asasi mendakwa kerajaan gagal memperkenalkan pencegah kehamilan dan memberi pendidikan seks untuk lelaki gay atau biseksual.

Bagaimanapun Jabatan Pelajaran menyatakan minggu ini ia tidak akan membenarkan pengedaran kondom di sekolah-sekolah rendah dan menengah kerana undang-undang hanya membenarkan ia menyediakan pendidikan seksualiti. - AFP

Berita Harian X