Isnin, 30 Januari 2017 | 10:48pm

Merkel tuduh Trump berat sebelah, anti-Islam

CANSELOR Jerman, Angela Merkel. - Foto AFP
CANSELOR Jerman, Angela Merkel. - Foto AFP

BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel, hari ini menuduh Amerika Syarikat (AS) secara tidak adil sengaja menyasar penduduk Muslim susulan larangan perjalanan ke atas tujuh negara majoriti Islam.

"Perjuangan penting dan tegas memerangi keganasan sama sekali bukan satu alasan kukuh untuk mencetuskan perasaan curiga secara umum ke atas penduduk dengan fahaman tertentu.

"Dalam kes ini, penduduk beragama Islam atau individu daripada latar belakang tertentu," katanya kepada media dalam kenyataan spontan berhubung langkah diambil Presiden AS Donald Trump.

Merkel menambah, beliau percaya, tindakan AS itu juga bertentangan dengan konsep asas bantuan antarabangsa untuk pelarian dan kerjasama di peringkat antarabangsa. - AGENSI

Berita Harian X