Rabu, 25 Januari 2017 | 10:53pm

Madonna mohon ambil 2 anak angkat Malawi

 MADONNA. - Foto AP
MADONNA. - Foto AP

LILONGWE: Bintang pop Madonna memfailkan permohonan di mahkamah Malawi untuk mengambil dua lagi anak angkat.

Seorang jurucakap kerajaan berkata, penyanyi itu hadir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi hari ini.

Jurucakap Mlenga Mvula berkata, ketika ini terpulang kepada mahkamah jika meluluskan arahan pengambilan itu. Penyanyi itu terpaksa menunggu selama seminggu sebelum perbicaraan keputusan didengar berkaitan permohonannya.

Pada 2008, Madonna, 58, mengambil David Banda sebagai anak angkat diikuti Mercy James setahun kemudian.

Bintang pop itu pada 2006 mengasaskan badan kebajikan, Raising Malawi bagi membasmi kemiskinan dan kesukaran hidup di kalangan anak yatim dan miskin negara Afrika Selatan itu. -AP

Berita Harian X