Ahad, 22 Januari 2017 | 11:39pm

Hampir 70 maut pertempuran di Yaman

KEPULAN asap kelihatan di belakang bangunan berikutan serangan udara dan pertempuran sengit antara pemberontak dan tentera prokerajaan di Yaman. - Foto AFP
KEPULAN asap kelihatan di belakang bangunan berikutan serangan udara dan pertempuran sengit antara pemberontak dan tentera prokerajaan di Yaman. - Foto AFP

ADEN: Sekurang-kurangnya 70 maut dalam tempoh 24 jam serangan udara dan pertempuran sengit antara pemberontak dan tentera prokerajaan di Yaman, kata sumber keselamatan hari ini.

Menurut sumber, serangan udara tentera bersekutu diketuai Arab Saudi dan pertempuran di selat Bab al-Mandab membunuh 52 pemberontak Syiah Houthi dan tentera setia kepada bekas Presiden Ali Abdulah Saleh.

Pada masa sama, 14 tentera kerajaan turut terbunuh dalam pertempuran itu. - AFP

Berita Harian X