Selasa, 17 Januari 2017 | 7:40pm

Manila hantar nota diplomatik, bantah tindakan China di Spratly

KAPAL korek China dilihat di terumbu Mischief, Kepulauan Spratly. - Foto Reuters
KAPAL korek China dilihat di terumbu Mischief, Kepulauan Spratly. - Foto Reuters

MANILA: Langkah China meningkatkan kawalan keselamatan di pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan baru-baru ini, dianggap 'sangat mengganggu', kata Menteri Pertahanan Filipina hari ini, selepas Manila secara senyap-senyap membantah aktiviti Beijing itu.

Kementerian Luar Filipina menghantar nota diplomatik kepada Kedutaan China, akhir Disember lalu selepas mengesahkan satu laporan daripada Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengenai pembinaan kemudahan senjata di Kepulauan Spratly.

"Tindakan ketenteraan China adalah sesuatu yang membimbangkan.

"Langkah itu tidak sejajar dengan retorik yang dilontarkan Kerajaan China yang mahu mewujudkan persahabatan dan keamanan," kata Setiausaha Pertahanan Filipina, Dolfin Lorenzana dalam satu kenyataan.

Lorenzo mengambil tindakan lebih tegas berbanding Setiausaha Luar Negara, Perfecto Yasay yang memilih untuk mendiamkan diri berbanding melontarkan kritikan kepada China, namun bertegas isu itu perlu dikendalikan dengan berhati-hati. - REUTERS

Berita Harian X