Ahad, 15 Januari 2017 | 12:35am
Sekurang-kurangnya 29 tentera Yaman terbunuh dalam pertempuran terbaru antara pasukan kerajaan dan pemberontak Houthi. - Foto hiasan
Sekurang-kurangnya 29 tentera Yaman terbunuh dalam pertempuran terbaru antara pasukan kerajaan dan pemberontak Houthi. - Foto hiasan

29 askar Yaman maut

ADEN: Sekurang-kurangnya 29 tentera Yaman terbunuh dalam pertempuran terbaru antara pasukan kerajaan dan pemberontak Houthi berhampiran laluan perkapalan utama negara itu, kata pegawai dan anggota perubatan hari ini.

Serangan selama seminggu oleh tentera kerajaan dan sekutu mereka, menyasar mengusir Houthi disokong Iran dari rantau Dhubab, hampir dengan selat Bab al-Mandab menghubungkan Laut Merah dan Lautan Hindi.

Pegawai perubatan berkata, 12 mayat pemberontak Houthi dibawa ke hospital di Hodeida, kubu kuat militan itu manakala 23 lagi dirawat akibat pelbagai kecederaan.

Katanya, mangsa yang maut akibat pertembungan malam semalam di Dhubab.

Seorang pegawai keselamatan berkata, serangan udara semalaman oleh pakatan Arab pro-kerajaan ke atas kubu pemberontak di Zaydiya, dalam wilayah Hodeida, menyebabkan tambahan sembilan militan Houthi maut.

Bandar pelabuhan Laut Merah Hodeida terletak 200 kilometer di utara Dhubab. -AFP

Berita Harian X