Ahad, 20 November 2016 | 12:37pm
MILITAN Abu Sayyaf. - Foto AFP
MILITAN Abu Sayyaf. - Foto AFP

Filipina cuba pintas bot penculik dua nelayan

MANILA: Penyerang bertopeng menculik dua nelayan Indonesia di perairan timur Malaysia dan bot unit tentera berusaha memintas mereka ketika menuju ke selatan Filipina, kata tentera semalam.

Lima lelaki bersenjata menculik dua nelayan itu lewat kelmarin dari perairan Sabah. Tentera mengesyaki ia dilakukan militan Abu Sayyaf.

"Penyerang dan mangsa mereka memecut ke arah selatan Filipina," kata jurucakap tentera, Filemon Tan, kepada wartawan, menambah unit darat dan laut cuma memintas penjenayah.

Militan Abu Sayyaf beroperasi di Sulu berhampiran Malaysia dan melafazkan taat setia kepada militan Daesh dan al-Qaeda.

Presiden Rodrigo Duterte membincangkan ancaman maritim Abu Sayyaf dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, bersetuju bekerjasama menghentikan penculikan.

Kumpulan itu menggunakan taktik kejam, memenggal tebusan apabila wang tidak dibayar.

Mereka menahan 22 tebusan, termasuk seorang rakyat Belanda, Jerman, Korea Selatan, lima warga Malaysia, dua Indonesia, enam Vietnam dan enam Filipina. - REUTERS

Berita Harian X