Rabu, 13 Julai 2016 | 7:33am

15 ditahan atas kesalahan serangan seksual

Festival Lembu San Fermin di utara bandar Pamplona, Madrid. - Foto EPA
Festival Lembu San Fermin di utara bandar Pamplona, Madrid. - Foto EPA

MADRID: Pihak berkuasa tempatan menahan 15 lelaki atas kesalahan merogol dan serangan seksual ketika Festival Lembu San Fermin di utara bandar Pamplona, semalam.

Polis menerima 15 aduan serangan dalam tahun ini, termasuk enam serangan seksual yang melanggar kanun keseksaan Sepanyol termasuk kesalahan merogol.

Aduan lain yang turut diterima membabitkan penderaan seksual.

Pihak berkuasa Pamphola bertahun lamanya melaksanakan beberapa alternatif untuk membendung perlakuan sedemikian ketika acara itu diadakan, hingga ia diabadikan novelis Ernest Hemingway dalam novelnya bertajuk 'The Sun Also Rises' yang diterbitkan pada 1926.

Festival yang diadakan selama sembilan hari bermula 6 Julai lalu dan berakhir Khamis depan, dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk pelbagai konsert, larian lembu dan acara minum tanpa henti.

Acara itu menjadi tercemar dengan laporan serangan seksual, termasuk perlakuan lelaki meraba payu dara wanita ketika majlis yang dikenali sebagai 'Chupinazo'.

Seorang mangsa, wanita Perancis berusia 22 tahun, membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol Sabtu lalu.

Menurut laporan media Sepanyol, wanita itu diserang ketika berada di dalam bilik mandi di kawasan letak kereta.

Sementara itu, seorang lagi mangsa berusia 19 tahun memberitahu dia dirogol awal pagi pada Khamis lalu di laluan pintu masuk sebuah bangunan di tengah Pamplona oleh lima lelaki yang turut meragam aksi mereka menggunakan telefon bimbit. - AFP

Berita Harian X