Sabtu, 18 Jun 2016 | 9:18pm
SEBAHAGIAN pelajar dalam acara tahunan Zulu. - Foto AFP
SEBAHAGIAN pelajar dalam acara tahunan Zulu. - Foto AFP

Tawaran biasiswa wajib lulus ujian dara perlu dihapuskan

KWAZULU-NATAL (AFRIKA SELATAN): Agensi kerajaan, Suruhanjaya Persamaan Jantina Afrika Selatan memutuskan tawaran biasiswa universiti yang mewajibkan lulus ujian dara sebagai menyalahi undang-undang dan perlu dihapuskan.

Majlis Perbandaran Uthukela memperkenalkan skim itu, yang juga acara tahunan Zulu, sebagai usaha untuk mencegah jangkitan AIDS dan kehamilan kanak-kanak.

Bagaimanapun, suruhanjaya yang membuat gesaan itu semalam, menganggap skim bantuan kewangan yang ditentukan oleh status dara sebagai diskriminasi terhadap wanita.

"Faktor dara tiada kaitan dengan tugas belajar, " tegas suruhanjaya itu.

Sehubungan itu, majlis perbandaran, badan yang bersikap konservatif, diberi tempoh 60 hari untuk memberi maklum balas kepada cadangan agensi terbabit. -AFP

Berita Harian X