Ahad, 29 Mei 2016 | 10:54am

Hizbullah bersiap sedia untuk konflik dengan Israel

PERGERAKAN Hizbullah di Lubnan bersiap sedia berhadapan kemungkinan konflik dengan Israel.
PERGERAKAN Hizbullah di Lubnan bersiap sedia berhadapan kemungkinan konflik dengan Israel.

BEIRUT: Pergerakan Hizbullah di Lubnan bersiap sedia berhadapan kemungkinan konflik dengan Israel, lapor media.

Menurut laporan akhbar As-Safir, Hizbullah menempatkan roket di sepanjang sempadan utara dengan wilayah rejim Zionis itu dan memantau pergerakan tentera Israel.

Akhbar itu melaporkan kumpulan berkenaan membina beberapa terowong canggih di sempadan dengan Israel mengikut contoh dilakukan pergerakan Hamas yang menghasilkan beberapa terowong antara Semenanjung Gaza dan Israel.

Hizbullah yang ditubuhkan pada 1980-an, adalah pertubuhan politik dan separa tentera berasal daripada masyarakat Syiah di Lubnan.

Ia pada awalnya ditubuhkan dengan tujuan menamatkan pencerobohan Israel di selatan Lubnan.

Pada 25 Mei 2000, Israel berundur dari Lubnan yang dilihat Hizbullah sebagai kejayaan besarnya. - Agensi

Berita Harian X