Ahad, 15 Mei 2016 | 2:04pm
Enam belas terbunuh apabila sebuah lori dan beca bermotor yang memuatkan ramai penumpang, bertembung di selatan India. - Foto http://www.ndtv.com/
Enam belas terbunuh apabila sebuah lori dan beca bermotor yang memuatkan ramai penumpang, bertembung di selatan India. - Foto http://www.ndtv.com/

16 maut trak bertembung beca di India

HYDERABAD: Enam belas terbunuh apabila sebuah lori dan beca bermotor yang memuatkan ramai penumpang, bertembung di selatan India.

Pegawai polis, A Ramulu berkata, mereka yang terbunuh adalah penumpang beca terbabit yang dalam perjalanan ke sebuah kuil di daerah Adilabad, negeri Telangana, malam tadi.

Sementara itu, tiga lagi mangsa dikejarkan ke hospital untuk ratawan. Mangsa yang maut termasuk lapan ahli sebuah keluarga.

Kemalangan jalan raya sesuatu yang biasa di India ekoran pemanduan cuai, kenderaan lebih penumpang, jalan tidak diselenggara dan kenderaan dalam keadaan teruk. Sekitar 240,000 maut di jalan raya, setiap tahun. - AP

Berita Harian X