Ahad, 17 April 2016 | 1:42pm

Keluarga diraja Britain imbas memori Puteri Diana di Taj Mahal

DUKE dan Duchess of Cambridge mengamit nostalgia di bangku marmar yang sama di hadapan Taj Mahal di mana arwah ibu Putera William, Puteri Diana. - Foto AP
DUKE dan Duchess of Cambridge mengamit nostalgia di bangku marmar yang sama di hadapan Taj Mahal di mana arwah ibu Putera William, Puteri Diana. - Foto AP

AGRA: Duke dan Duchess of Cambridge mengembalikan nostalgia apabila duduk dan tersenyum ketika bergambar di atas bangku marmar di depan Taj Mahal, lokasi sama yang diabadikan ibu Putera William, mendiang Puteri Diana, pada 1992.

Menamatkan lawatan seminggu ke India dan Bhutan, William dan isterinya, Kate Middleton, diberi taklimat oleh jurupandu ketika memasuki perkarangan kompleks itu yang menempatkan tugu cinta.

Menjelang lawatan diraja Britain ke Taj Mahal, kira-kira 12 anggota polis bersenjata memasuki kompleks itu dan bahagian kiri ditutup kepada umum.

Pelawat biasa dibenarkan memasuki bangunan dari sebelah kanan.

Pasangan diraja itu mencetuskan keterujaan pelancong, dengan puluhan orang mengambil gambar mereka dengan telefon bimbit.

Lawatan William dan Kate dipenuhi simbolik. Perbandingan dibuat dengan Diana yang kesepiannya 24 tahun lalu di depan tugu marmar putih yang dibina Maharaja dinasti Mughal bagi memperingati isterinya.

Tajuk depan akhbar ketika itu melaporkan Diana menyampaikan mesej tersembunyi mengenai pengakhiran perkahwinannya dengan Putera Charles.

Empat tahun kemudian, mereka mengumumkan perceraian.

Menjelang lawatan mereka, Setiausaha Komunikasi suami isteri itu, Jason Knauf, memberitahu wartawan, William 'berasa amat bertuah dapat melawat tempat di mana memori ibunya terus hidup bagi kalangan pengunjung tugu itu.' - AP

Berita Harian X