Rabu, 13 April 2016 | 10:56pm

4 maut penunjuk perasaan-tentera bertembung di Kashmir

Penduduk Kashmir beragama Islam membawa keranda seorang wanita berusia 70 tahun, Raja Begum yang telah terkena tembakan di utara Srinagar, India. Pihak berkuasa melaksanakan perintah darurat di Srinagar, Handwara dan perkampungan berhampiran.- Foto AP
Penduduk Kashmir beragama Islam membawa keranda seorang wanita berusia 70 tahun, Raja Begum yang telah terkena tembakan di utara Srinagar, India. Pihak berkuasa melaksanakan perintah darurat di Srinagar, Handwara dan perkampungan berhampiran.- Foto AP

SRINAGAR: Pihak berkuasa India hari ini melaksanakan perintah darurat di sebahagian Kashmir bagi menghentikan bantahan baharu anti-India susulan pembunuhan empat orang oleh tentera negara itu dan satu mogok awam diadakan pemisah.

Polis berkata, kematian terbaru itu berlaku apabila seorang lelaki terkena serpihan gas pemedih mata di kepalanya, dilepaskan pasukan keselamatan dan maut di sebuah hospital di perkampungan utara di Drugmulla.

Mangsa adalah sebahagian beratus penunjuk perasaan membaling batu yang bertembung dengan tentera kerajaan masuk hari kedua berturut-turut hari ini ketika pihak berkuasa melaksanakan perintah darurat di Srinagar, Handwara dan perkampungan berhampiran.

Pertembungan berlaku walaupun ketika kedai dan sekolah ditutup serta jalan raya dikosongkan akibat kawalan keselamatan dan bantahan sepanjang hari digesa kumpulan pemisah.

Mehbooba Mufti, yang baru-baru ini mengambil alih pentadbiran di Kashmir, berkata pembunuhan itu memberi "impak negatif" terhadap usaha damai kerajaannya di rantau itu.

Polis berkata, seorang wanita 70 tahun yang terkena tembakan dan antara berpuluh yang cedera ketika pertembungan besar-besaran antara penduduk dan tentera kerajaan semalam, meninggal dunia di hospital hari ini. Dua lain juga maut akibat terkena tembakan tentera. -AP

Berita Harian X