Selasa, 8 March 2016 | 10:08am

150 militan terbunuh dalam serangan AS di Somalia

JENIS pesawat pengempur tanpa pemandu Amerika Syarikat, MQ-9 drones Reaper yang mensasarkan kem latihan Raso, sebuah kemudahan kira-kira 193 kilometer ke utara ibu negara Mogadishu.
JENIS pesawat pengempur tanpa pemandu Amerika Syarikat, MQ-9 drones Reaper yang mensasarkan kem latihan Raso, sebuah kemudahan kira-kira 193 kilometer ke utara ibu negara Mogadishu.

WASHINGTON: Lebih 150 militan al Shabaab yang dikaitkan dengan kumpulan Islam al-Qaeda terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Somalia hasil risikan AS berhubung persiapan serangan besar-besaran militan, kata Pentagon semalam.

Serangan Sabtu lalu, menggunakan kedua-dua pesawat dipandu dan tanpa pemandu MQ-9 drones Reaper, mensasarkan kem latihan Raso, sebuah kemudahan kira-kira 193 kilometer ke utara ibu negara Mogadishu, kata Pentagon.

Difahamkan tentera AS memantau kem selama beberapa minggu dan mengumpul maklumat sebelum menyerang, termasuk kemungkinan ancaman yang ditimbulkan penghuni kem ke atas pasukan tentera Amerika Syarikat dan pasukan pengaman Kesatuan Afrika, kata pegawai.

Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat, Deborah Lee James menyifatkan serangan itu sebagai bersifat mempertahankan diri.

"Ada risikan yang menunjukkan pejuang ini akan melancarkan misi yang secara langsung akan memberi kesan kepada Amerika Syarikat dan rakan sekutu kami tidak lama lagi," kata James kepada pemberita.

Sementara itu al Shabaab tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut. - Reuters

Berita Harian X