Khamis, 25 Februari 2016 | 12:52am

Bantuan kemanusiaan pertama tiba di Syria

KETUA Bantuan PBB, Stephen O'Brien.
KETUA Bantuan PBB, Stephen O'Brien.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggugurkan menerusi udara bantuan kemanusiaan ke bandar Syria, Deir al-Zor pada hari ini, kata Ketua Bantuan PBB, Stephen O'Brien.

Katanya, sebanyak 21 tan bantuan digugurkan untuk orang awam di kawasan yang dikepung militan Negara Islam (IS).

"Terdahulu pagi ini, pesawat Program Makanan Dunia (WFP) menggugurkan kargo pertama membabitkan 21 tan barangan ke Deir al-Zor," kata O'Brien kepada Majlis Keselamatan PBB.

"Kami sudah menerima laporan awal, ...pelet berisi barangan mendarat di kawasan yang disasarkan." - Reuters

Berita Harian X