BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel menolak permintaan Amerika Syarikat untuk menambah tentera bantuan dalam memerangi pengganas IS atau Daesh di Iraq dan Syria, semalam.
Menurut Merkel, Jerman sudah memainkan peranannya dan tidak perlu lagi bercakap mengenai isu baru yang berkaitan dengan persoalan itu buat masa ini.
Beliau berkata demikian kepada penyiar ZDF ketika ditanya mengenai satu laporan yang disiarkan oleh majalah mingguan Der Spiegel, Sabtu lalu. - Agensi