Jumaat, 1 Mei 2015 | 7:14am
KUMPULAN lelaki puak bersenjata yang setia kepada Presiden Yaman Abdo Rabbo Mansour Hadi bersedia untuk berperang dengan pejuang Houthi di pusat bandar Taiz, Yaman. - Foto EPA
KUMPULAN lelaki puak bersenjata yang setia kepada Presiden Yaman Abdo Rabbo Mansour Hadi bersedia untuk berperang dengan pejuang Houthi di pusat bandar Taiz, Yaman. - Foto EPA

Tentera Arab Saudi terbunuh di sempadan Yaman

ADEN: Puluhan militan Houthi terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Arab Saudi di sempadan utara Yaman, menurut Riyadh.

Sementara itu, serangan udara dan bedilan meriam menggegarkan bandar Aden dengan penduduk menyatakan ia adalah yang terburuk dalam tempoh sebulan pertempuran.

Tiga tentera Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran itu yang bermula apabila pemberontak Houthi menyerang pos kawalan sempadan di wilayah Najran dan dipatahkan.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Arab Saudi menyatakan seorang anggota pengawal sempadan terbunuh akibat bedilan meriam ketika meronda di kawasan lain, menjadikan bilangan tentera yang terkorban dalam kempen lima minggu itu seramai 14 orang.

Pemberontak Houthi dan militia tempatan turut berbalas bedilan meriam kereta kebal dan mortar di daerah Khor Maksar, Aden, berhampiran lapangan terbang manakala pesawat perang pakatan yang diketuai Arab Saudi membedil kedudukan Houthi. - AFP

Berita Harian X