Ahad, 8 March 2015 | 9:25am

Boko Haram dakwa jadi rakan sekutu IS

LAMAN sesawang SITE.
LAMAN sesawang SITE.

MAIDUGURI (Nigeria): Kumpulan militan Nigeria, Boko Haram mengaku secara rasmi menjadi sekutu kepada Kumpulan Islam (IS) menerusi mesej yang disampaikan oleh pemimpin kumpulan itu menerusi Twitter serta dilaporkan dalam laman perisikan SITE, hari ini.

Pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau membuat pengakuan itu dalam bahasa Arab menerusi akuan Twitternya yang berbunyi: "Kami mengumumkan kesatuan kami dengan Kalifah umat Islam."

Pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi sebelum ini mengisytiharkan dirinya sebagai Kalifah.

Sementara itu, polis berkata, empat pengebom berani mati menyerang bandar Maiduguri di utara Nigeria semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 54 maut manakala 143 lagi cedera. - AP

Berita Harian X