Sabtu, 14 Februari 2015 | 9:12am
IMEJ daripada rakaman video menerusi YouTube yang dikeluarkan oleh kumpulan IS Al-Raqqa pada 23 September 2014, menunjukkan sekumpulan IS yang menaiki trak di lokasi yang tidak diketahui. - Foto AFP
IMEJ daripada rakaman video menerusi YouTube yang dikeluarkan oleh kumpulan IS Al-Raqqa pada 23 September 2014, menunjukkan sekumpulan IS yang menaiki trak di lokasi yang tidak diketahui. - Foto AFP
PASUKAN tentera Iraq bersiap sedia di pangkalan udara Al-Asad pada 11 November 2014. - Foto AFP
PASUKAN tentera Iraq bersiap sedia di pangkalan udara Al-Asad pada 11 November 2014. - Foto AFP

IS tawan bandar berhampiran pangkalan AS di Iraq

WASHINGTON: Kumpulan Negara Islam (IS) dilapor menawan bandar al-Baghdadi di barat Iraq yang berdekatan dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).

Pangkalan tentera itu juga adalah pusat latihan melatih tentera Iraq, demikian menurut tentera AS hari ini.

"Daripada penilaian kami ketika ini, mereka kini mengambil alih al-Baghdadi," kata jurucakap Pentagon, Panglima John Kirby.

IS dilaporkan menawan al-Baghdadi sejak beberapa hari lalu. - AFP

Berita Harian X