Khamis, 8 Januari 2015 | 8:44am

Charlie Hebdo: Hollande umum hari berkabung seluruh Perancis

Presiden Perancis, Francois Hollande. - Foto EPA
Presiden Perancis, Francois Hollande. - Foto EPA

PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan hari ini sebagai hari berkabung seluruh negara sebagai tanda bersedih atas kematian 12 orang dalam serangan bersenjata terhadap pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo.

Hanya lima kali sejak tempoh 50 tahun lalu Perancis mengisytiharkan hari berkabung di negara itu.

"Perpaduan adalah senjata paling terbaik bagi kita," kata Hollande dalam siaran televisyen bagi mengumumkan perkara itu.

Beliau juga mengarahkan agar semua bendera negara dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.

"Tiada apa yang boleh memecah-belahkan kita, tiada apa yang boleh pisahkan kita. Kebebasan sentiasa lebih kuat daripada kekejaman," katanya yang menyifatkan serangan itu sebagai tindakan tidak bertamadun.

Charlie Hebdo sebelum ini membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW. - AP

Berita Harian X