Jumaat, 12 Disember 2014 | 5:30pm

IS letupkan kereta kebal di pangkalan udara Syria

BEIRUT: Seorang pengebom nekad militan Negara Islam (IS) meletupkan sebuah kereta kebal di pangkalan udara Syria di Wilayah Deir al-Zor, kata media sosial jihad dan kumpulan pemantau hari ini.

Satu akaun Twitter IS memuat naik dua gambar seorang lelaki, Abu al-Farouq al-Libi sedang tersenyum yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpusat di Britain itu berkata, kereta kebal terbabit meletup sehingga ke sekitar kawasan pangkalan udara berkenaan.

Ia bagaimanpun tidak menyatakan jumlah mangsa terbabit atau kerosakan yang berlaku.

Letupan itu disusuli dengan pertempuran pagi ini.

Kumpulan IS menghadapi tekanan daripada serangan udara Amerika Syarikat di Syria sejak September lalu, tetapi tindakan itu tidak menghalang IS daripada melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan pemberontak saingannya. - AFP

Berita Harian X