Selasa, 2 Disember 2014 | 5:23pm
Seorang lelaki yang dikatakan pemimpin kumpulan militan, Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di Mosul, Iraq baru-baru ini. - Foto Reuters
Seorang lelaki yang dikatakan pemimpin kumpulan militan, Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di Mosul, Iraq baru-baru ini. - Foto Reuters

Lubnan tahan isteri, anak lelaki 'khalifah' IS

BEIRUT: Pasukan keselamatan Lubnan menahan isteri dan anak lelaki pemimpin kumpulan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi berhampiran sempadan Syria, kata sumber tentera dan keselamatan hari ini.

"Perisikan tentera menahan seorang daripada isterinya yang sedang dalam perjalanan dengan anak lelaki mereka, berhampiran (pekan di sempadan Lubnan), Arsal, 10 hari lalu," kata sumber keselamatan.

Sumber tentera mengesahkan penahanan itu dan berkata wanita terbabit adalah warga Syria dan anak lelaki mereka itu berusia lapan tahun.

Akhbar Lubnan As-Safir yang mula melaporkan mengenai penahanan itu, berkata ia dilakukan dengan kerjasama agensi perisikan asing.

Sumber keselamatan berkata isteri dan anak Baghdadi itu dibawa ke ibu pejabat Kementerian Pertahanan di Yarze untuk siasatan lanjut.

Katanya, penahanan itu dirahsiakan bagi mengaturkan langkah keselamatan.

Baghdadi diisytiharkan sebagai 'Khalifah' oleh penyokongnya di kawasan 'Pemerintahan Khalifah' di Syria dan Iraq Jun lalu. - AFP

Berita Harian X