Isnin, 24 November 2014 | 5:17pm
Dua pemandu lori ini adalah antara ribuan penduduk yang terperangkap dalam banjir kilat di Ouarzazate, selatan Maghribi semalam. - Foto AFP
Dua pemandu lori ini adalah antara ribuan penduduk yang terperangkap dalam banjir kilat di Ouarzazate, selatan Maghribi semalam. - Foto AFP

17 maut banjir kilat di selatan Maghribi

RABAT: Kira-kira 17 orang terkorban selepas hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di selatan Maghribi semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri menyatakan, sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 15 lagi hilang di Bandaraya Gelmim.

Lebih 200 orang termasuk dua warga Perancis dipindahkan oleh tentera udara dengan helikopter.

Pihak berkuasa berkata, usaha mencari dan menyelamat terjejas akibat hujan lebat.

Terdahulu, satu lagi agensi berita rasmi melaporkan tiga orang terkorban dan 12 lagi hilang selepas sebuah bas terjunam ke dalam sungai berhampiran Bandaraya Bouizakarne, di selatan negara itu.

Media tempatan menyatakan sekurang-kurangnya 40 orang masih hilang dan kebanyakan rumah runtuh berikutan hujan lebat di kawasan Guelmim, Agadir, Tiznite, Ouarzazate dan Marrakesh sejak Jumaat lalu. - BERNAMA

Berita Harian X