Jumaat, 14 November 2014 | 5:38pm

Helikopter tentera udara Nigeria terhempas

KANO (Nigeria): Sebuah helikopter Nigeria terbakar di udara dan terhempas berhampiran sebuah universiti di timur laut negara berkenaan, kata pihak tentera.

Nahas itu, kejadian kedua di mana helikopter tentera terhempas dalam tempoh seminggu, berlaku lewat semalam di Bandar Yola dan menimbulkan kebimbangan mengenai pembabitan pemberontak Boko Haram.

Jurucakap tentera udara, Komodor Dele Alonge berkata, sebuah helikopter Tentera Udara Nigeria terhempas malam tadi di Yola.

"Bagaimanapun setakat ini kami tiada maklumat lanjut," katanya.

Saksi berkata helikopter terbabit dikatakan membawa senjata untuk pasukan keselamatan yang bertempur dengan Boko Haram. - AFP

Berita Harian X