Ahad, 18 Jun 2017 | 1:55pm

Mayweather sedia keluar persaraan jumpa McGregor

LOS ANGELES: Legenda tinju, Floyd Mayweather bersedia kembali daripada persaraan untuk bertemu dengan bintang gabungan seni bela diri, Conor McGregor dengan apa dilabelkan sebagai pertarungan paling mahal dalam sejarah.

"McGregor ialah pencabar yang sukar. Penduduk di seluruh dunia mahukan pertarungan ini dan saya perlu berikan apa yang mereka mahu lihat.

LEGENDA tinju, Floyd Mayweather (kiri) bersedia kembali daripada persaraan untuk bertemu dengan bintang gabungan seni bela diri, Conor McGregor.
LEGENDA tinju, Floyd Mayweather (kiri) bersedia kembali daripada persaraan untuk bertemu dengan bintang gabungan seni bela diri, Conor McGregor.

"Mereka minta pertarungan ini. Saya sudah bersara tetapi mereka mahu saya kembali dan saya kembali, " kata Mayweather kepada BSOTV dalam temubual disiarkan hari ini.

Mayweather membuat komen umum buat pertama kali sejak pengumuman pertarungan yang banyak diperkatakan itu Rabu lalu, dijangka berlangsung di ibu kota tinju Amerika Syarikat, Las Vegas pada 26 Ogos ini.

Peninju berusia 40 tahun itu sudah bersara sejak menewaskan Andre Berto pada September 2015 dan meningkatkan rekod karier kepada 49-0.

Pertarungan dengan McGregor bakal memberikan Mayweather peluang untuk mencipta rekod 50-0 dalam kariernya.

Ditanya mengenai faktor kewangan mengenai pertarungan itu, Mayweather berkata kedua-dua pihak gembira.

"Kedua-dua pihak sangat gembira. Dia sangat gembira, saya sangat gembira dan saya tidak boleh menunggu lagi, " katanya.

Bagaimanapun ramai pakar tinju menempelak acara itu sebagai pertunjukan semata-mata sambil mengatakan McGregor, 28, tidak pernah memiliki perlawanan tinju profesional dan digelar sebagai remaja dalam sukan itu.

AFP

Berita Harian X