Khamis, 8 Jun 2017 | 6:21pm
DATUK Misbun Sidek sah kembali ke BAM. - Foto Owee Ah Chun
DATUK Misbun Sidek sah kembali ke BAM. - Foto Owee Ah Chun

Misbun sah kembali ke BAM

KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki. 

Perkara itu diumumkan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat di Jawatankuasa Kejurulatihan dan latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara di sini, sebentar tadi.

"Misbun akan melapor diri selepas sambutan Aidilfitri," kata Norza ketika sidang media, hari ini.

Misbun yang membantu pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak Olimpik pertama pada 2008 di Beijing meletak jawatan daripada BAM selepas tidak sefahaman dengan pihak pengurusan badan induk itu pada 2011.

Berita Harian X