Sabtu, 27 Mei 2017 | 10:28pm

Rayzam lebur rekod kebangsaan 110m berpagar

ATLET lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian. - Foto fail NSTP/Hasriyasyah Sabudin
ATLET lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian. - Foto fail NSTP/Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Atlet lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, melakar sejarah apabila memecahkan rekod kebangsaan milik Nur Herman Majid, sebentar tadi.

Rayzam mencatat masa 13.67 saat (s) pada kejohanan olahraga di Weinheim, Jerman, sekali gus meleburkan rekod 23 tahun milik Nur Herman.

Nur Herman mencipta rekod kebangsaan dengan catatan 13.73s pada 15 Oktober 1994 di Sukan Asia, Hiroshima, Jepun.

Atlet dari Sabah itu memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2007 iaitu 10 tahun lalu ketika berusia 18 tahun.

Berita Harian X