Selasa, 23 Mei 2017 | 3:53pm

KL2017: Jumlah tajaan cecah 98 peratus

GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.
GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.

KUALA LUMPUR: Tajaan untuk penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dijangka mampu melepasi sasaran RM80 juta selepas jumlah diterima hingga hari ini mencapai 98 peratus.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengumumkan perkara itu ketika majlis Menandatangani Penajaan bersama Grab dengan penganjur KL2017 di sini, hari ini.

"Selepas penajaan Grab, sukacitanya saya umumkan ia sudah mencapai 98 peratus daripada RM80 juta yang disasarkan.

"Ada dua peratus lagi tetapi masih ada beberapa perjanjian belum kita umum, membabitkan tajaan tunai dan barangan serta perkhidmatan," katanya.

Majlis menandatangani penajaan itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sekretariat Sukan SEA 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong; Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo dan Ketua Grab Malaysia, Sean Goh.

Antara kerjasama ditawarkan Grab ialah pengangkutan percuma untuk sukarelawan, pegawai, atlet negara serta perkhidmatan khas membantu warga emas dan orang kelainan upaya ke venue pertandingan.

Ia turut membabitkan penggunaan saluran digital dalam mempromosikan KL2017 menerusi aplikasi Grab, laman sosial dan sebagainya.

Bagaimanapun, nilai tajaan tidak didedahkan atas permintaan Grab.

Penajaan itu dianggap sebagai antara usaha menjadikan penganjuran KL2017 sebagai medan mengurangkan pelepasan karbon selepas pengunjung digalak menggunakan pengangkutan awam.

"Contohnya, venue di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) tidak disediakan pengangkutan awam seperti di venue lain seperti di Bukit Jalil dan KLCC.

"Justeru, saya menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam sepanjang temasya itu," kata Khairy. Temasya dwi tahunan itu dijadualkan berlangsung 19 Ogos sehingga 30 Ogos ini.

Berita Harian X