Sabtu, 29 April 2017 | 1:21am

Lebih 1,000 sertai JMFR 2017

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai kayuhan berbasikal Janamanjung Fellowship Ride pada tahun lalu.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai kayuhan berbasikal Janamanjung Fellowship Ride pada tahun lalu.

MANJUNG: Lebih 1,000 peserta dan 3,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka memeriahkan acara berbasikal tahunan JanaManjung Fellowship Ride (JMFR) 2017, Ahad ini.

Acara anjuran anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Janamanjung Sdn  Bhd (TNBJ) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu tahun ini memasuki edisi ke-10.

Kali ini, peserta yang akan bermula di Teluk Batik, akan berkayuh sejauh 110 kilometer melewati Pantai Remis, Beruas, Ayer Tawar dan Lumut. 

Jelajah yang diperkenalkan pada tahun 2008 itu mula menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan Perak sejak tiga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dijangka akan melepaskan peserta pada jam 7.30 pagi di Taman Awam Teluk Batik, Lumut.

Turut dijangka hadir Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Ahmad.

Berita Harian X