Rabu, 5 April 2017 | 2:47pm

Hanya tinggal Meng Yean-Mei Kuan

GANDINGAN Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan menjadi wakil tunggal negara berjaya meneruskan cabaran dalam acara beregu wanita apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi. - Foto Owee Ah Chun
GANDINGAN Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan menjadi wakil tunggal negara berjaya meneruskan cabaran dalam acara beregu wanita apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi. - Foto Owee Ah Chun

KUCHING: Gandingan Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan menjadi wakil tunggal negara berjaya meneruskan cabaran dalam acara beregu wanita apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Dua lagi wakil negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Tee Jing Yi-Joyce Choong tersingkir selepas tewas di tangan lawan masing-masing.

Pada aksi di Stadium Perpaduan Kuching itu, Meng Yean-Mei Kuan mempamerkan aksi cemerlang dengan menundukkan pasangan Indonesia, Dian Fitriani-Nadya Melati 21-18, 21-14.

Mereka akan membuat perhitungan dengan pilihan keempat dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Qingchen-Yifan mara selepas menewaskan Lauren Smith-Sarah Walker dari England 21-13, 21-14 dalam aksi pusingan pertama.

Sementara itu, Vivian-Khe Wei pula terpaksa akur apabila mereka yang hanya memerlukan satu mata untuk menang selepas mendahului 20-15 di set penentuan gagal fokus sebelum tewas 26-28.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 itu tunduk kepada Boa Yixin-Yu Xiaohan dari China 21-13, 17-21, 26-28.

Pasangan Jing Yi-Joyce pula tewas di tangan beregu China, Luo Ying-Luo Yu 14-21, 18-21.

Berita Harian X