X
Jumaat, 31 March 2017 | 9:45pm

2 pemain negara mara skuasy North of Scotland

KUALA LUMPUR: Dua pemain negara melepasi halangan pertama pada pusingan pembukaan Kejohanan Skuasy Terbuka North of Scotland di Aberdeen, Scotland pada hari ini.

Juara remaja dunia 2016, Ng Eain Yow yang juga pilihan ketujuh, menewaskan rakan senegara, Mohd Syafiq Mohd Kamal 11-6, 12-10, 11-5 pada aksi pusingan pertama di Aberdeen Squash and Racketball Club, demikian menurut laman web kejohanan www.asrc.co.uk.

Eain Yow akan berdepan pemain tuan rumah, Dougie Kempsell di suku akhir, lewat hari ini, selepas pemain kurang ternama itu mengejutkan pilihan keempat dan naib juara edisi 2016, Christopher Binnie dar Jamaica 11-6, 11-9, 7-11, 11-7.

Pemain bukan pilihan dari Malaysia, Muhd Addeen Idrakie Bakhtiar yang mara daripada pusingan kelayakan, turut mencipta kejutan apabila menumpaskan pilihan kelapan, Lance Beddoes dari New Zealand 8-11, 12-10, 12-10, 11-7 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.

Berdasarkan format kejohanan, pemenang pusingan pertama mara ke suku akhir.

BERNAMA

Berita Harian X