KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke pusingan kedua Seluruh England selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi pusingan pertama awal pagi tadi.
Tampil sebagai pilihan pertama, Chong Wei tidak berdepan masalah menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez 21-15, 21-12 di Arena Barclaycard.
Pemain nombor satu dunia itu akan membuat perhitungan dengan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei bagi perebutan tempat ke suku akhir, malam ini.
Beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut mara selepas menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-15, 21-18.
V Shem-Wee Kiong akan menentang beregu China, Liu Xiaolong-Xu Chen pada aksi pusingan kedua.
Sementara itu, dua beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menepati ramalan apabila layak ke pusingan kedua.
Peng Soon-Liu Ying menewaskan beregu Sweden, Nico Ruponen-Amanda Hogstram 21-12, 21-19 manakala Kian Meng-Pei Jing melakar kemenangan ke atas Lu Ching Yao-Chiang Kai Sin dari Taiwan 21-14, 21-19.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli yang tewas kepada juara dunia lima kali, Lin Dan dari China.
Turut menerima nasib sama beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang gagal mara ke pusingan kedua.
Keputusan pusingan pertama (Dalam kurungan negara dan pemain pilihan)
Perseorangan lelaki
Huang Yuxiang (CHN) mn Ajay Jayaram (IND) 21-19, 21-13
Viktor Axelsen (DEN x3) mn Anders Antonsen (DEN) 21-13, 21-9
Lee Chong Wei (MAS x1) mn Brice Leverdez (FRA) 21-15, 21-12
Zhao Junpeng (CHN) mn Kidambi Srikanth (IND) 21-19, 19-21, 21-12
Wang Tzu Wei (TPE) mn Wei Nan (HKG) 17-21, 21-19, 21-14
Jan Jorgensen (DEN x2) mn Hsu Jen Hao (TPE) 21-9, 21-13
Chen Long (CHN x4) mn Marc Zwiebler (GER) 21-17, 21-7
Lin Dan (CHNx6) mn Zulfadi Zulkiffli (MAS) 21-11, 21-12
Kasumasa Sakai (JPN) mn Ki Wong Wing (HKG) 22-20, 21-18.
Sony Dwi Kuncoro (INA) mn Son Wan-Ho (KOR x4) 4-1 retired
Chou Tien Chen (TPE) mn Anthony Ginting (INA) 21-10, 21-14
Shu Yuqi (CHN) mn Hu Yun (HKG) 21-12, 21-9
Tian Houwei (CHN x7) mn Tommy Sugiarto (INA) 21-19, 21-18
Tanongsak Saensomboonsuk (THA) mn Hans-Kristian Vittinghus (DEN) 21-15, 21-18
H.S. Prannoy (IND) mn Qiao Bin (CHN) 17-21, 22-20, 21-19
Ng Ka Long (HKG) mn Rajiv Ouseph (ENG) 19-21,21-18, 21-12