X
Selasa, 7 March 2017 | 10:43am

Fury kembali bertinju?

TYSON Fury - Foto Reuters
TYSON Fury - Foto Reuters

LONDON: Bekas juara tinju heavyweight dunia dari Britain, Tyson Fury bakal membuat kemunculan semula pada Mei ini, menentang lawan yang masih belum diumumkan meskipun masih dalam penggantungan daripada sukan itu.

"Berita gempar. Kembali ke MAC. Pada 13 Mei ini, bertarung dengan seorang lawan, lagi berita lanjut selepas ini," tulisnya di akaun Twitter.

Peninju berusia 28 tahun itu tidak pernah memasuki gelanggang sejak menewaskan Waldimir Klitschko dari Ukraine untuk muncul juara dunia pada November 2015, sebelum menarik diri dua kali daripada perlawanan semula.

Fury menyerahkan tali pinggang WBO dan WBA dimilikinya tahun lalu dengan mendedahkan dia mendapatkan bantuan perubatan selepas memberitahu majalah Rolling Stone mengambil kokain bagi mengatasi masalah kemurungan.

Lesen Fury 'digantung sementara menunggu siasatan lanjut' oleh Lembaga Kawalan Tinju British.

Dia juga didakwa atas tuduhan melanggar peraturan Anti-Doping UK (UKAD) selepas sampel air kencingnya dari Februari 2015 dikesan mengandungi bahan terlarang nandrolone.

Bagaimanapun, Fury menafikannya.

Penggantungan ke atasnya oleh UKAD ditarik balik selepas rayuan dilakukan namun Fury masih berdepan tribunal anti-doping dan tarikhnya masih belum ditetapkan. - Reuters

Berita Harian X