MELBOURNE: Roger Federer menewaskan Rafael Nadal dalam pertarungan sengit lima set pada final Terbuka Australia untuk rekod kejuaraan Grand Slam ke-18, sebentar tadi.
Federer, 35, yang juga pilihan ke-17 menang 6-4, 3-6, 6-1, 3-6, 6-3 dalam masa tiga jam 38 minit di Rod Laver Arena ketika menundukkan pilihan kesembilan dari Sepanyol itu.
Kemenangan itu menyaksikan Federer memenangi kejuaraan Terbuka Australia yang kelima selepas kali terakhir memenanginya pada 2010 dan gelaran Grand Slam ke-18 sepanjang kariernya. -AFP