Khamis, 26 Januari 2017 | 11:33pm

Terbuka Australia: Serena, Venus bakal tentukan gelaran juara

SERENA dan Venus Williams menempah pertemuan 'impian' akhir apabila bakal bertembung di pentas final.
SERENA dan Venus Williams menempah pertemuan 'impian' akhir apabila bakal bertembung di pentas final.

MELBOURNE: Serena dan Venus Williams menempah pertemuan 'impian' akhir apabila bakal bertembung di pentas final.

Serena tidak berdepan masalah mengetepikan cabaran Lucic-Baroni 6-2, 6-1, manakala kakaknya, Venus mengatasi pemain Amerika, Vandeweghe 6-7 (3/7), 6-2, 6-3.

Pertembungan final Serena dan Venus, masing-masing berusia 35 dan 36 tahun, adalah yang pertama dalam tempoh lapan tahun.

Sementara itu, Roger Federer menewaskan Stan Wawrinka untuk mara ke peringkat final.

Federer diheret beraksi lima set oleh rakan senegara dari Switzerland itu sebelum bangkit mencatat kemenangan 7-5, 6-3, 1-6, 4-6, 6-3.

Beliau dijangka bertemu sama ada Rafael Nadal atau Grigor Dimitrov pada aksi final, Ahad ini. - AGENSI

Berita Harian X