Khamis, 26 Januari 2017 | 9:13am

Monaco jumpa PSG di Piala Liga Perancis

PEMAIN Monaco Colombia, Radamel Falcao (kiri) membedil Nancy Tobias Badila ketika perlawanan separuh akhir Piala Liga Perancis di Stadium Louis II, Monaco. - Foto AFP
PEMAIN Monaco Colombia, Radamel Falcao (kiri) membedil Nancy Tobias Badila ketika perlawanan separuh akhir Piala Liga Perancis di Stadium Louis II, Monaco. - Foto AFP

PARIS: Radamel Falcao menghukum kesilapan penjaga gol lawan untuk membantu Monaco mara ke final Piala Liga Perancis bertemu Paris Saint Germain (PSG) dengan kemenangan 1-0 ke atas Nancy, awal pagi tadi.

Penyerang Colombia itu meledak gol tunggal perlawanan pada masa tambahan separuh masa pertama selepas kesilapan penjaga gol, Gu Roland Ndy Assembe membolehkan Falcao mudah menanduk masuk bola ke arah gawang kosong.

Anak buah Leonardo Jardim itu bakal bertemu juara enam kali, PSG yang memenangi trofi itu sepanjang tiga musim lalu pada aksi final di Parc OL di Lyon, 1 April ini.

Tandukan Falcao hasil hantaran lintang Djibril Sidibe tersasar sebelum Ndy Assembe menafikan percubaan penyerang muda, Kylian Mbappe dengan kakinya dan sekali lagi menyelamatkan percubaan Thomas Lemar.

Bagaimanapun, Ndy Assembe gagal menolak bola lambung hasil percubaan Jemerson dengan baik membolehkan menyaksikan Falcao mudah menanduk masuk untuk gol tunggal perlawanan.

Ndy Assembe menyelamatkan percubaan Sidibe pada minit ke-50 sebelum Monaco cuba menamatkan cabaran Nancy namun percubaan pemain gantian, Valere Germain sedikit tersasar.

Nancy yang merangkul kejuaraan sama pada 2006 gagal mencari gol penyamaan sekali gus menyaksikan Monaco mara ke final.

Terdahulu, PSG yang juga juara bertahan mara ke final buat kali keempat berturut-turut apabila Edinson Cavani dan Angel Di Maria masing-masing meledak dua gol untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Bordeaux. -AFP

Berita Harian X