Selasa, 24 Januari 2017 | 8:07am

Jaringan Slimani gagal selamatkan Algeria

PENJAGA gol Senegal, Khadim N'Diaye (dua dari kanan) melihat jaringan pemain Algeria, Islam Slimani (kiri) dalam aksi perlawanan Piala Negara-Negara Afrika di Franceville, hari ini. - Foto AFP
PENJAGA gol Senegal, Khadim N'Diaye (dua dari kanan) melihat jaringan pemain Algeria, Islam Slimani (kiri) dalam aksi perlawanan Piala Negara-Negara Afrika di Franceville, hari ini. - Foto AFP

FRANCEVILLE, Gabon: Islam Slimani menjaringkan dua gol, namun harapan Algeria pada Piala Negara-Negara Afrika tetap berakhir selepas hanya mampu seri 2-2 berdepan Senegal di sini, sebentar tadi.

Penyerang Leicester City itu meletakkan Algeria di depan sebanyak dua kali tetapi setiap kali itu juga Senegal menyamakan kedudukan.

Jaringan pertama menerusi Papa Diop dan selepas itu Moussa Sow ketika mereka menamatkan Kumpulan B di tempat pertama dengan tujuh mata.

Sama seperti Senegal, Algeria adalah satu daripada pasukan pilihan sebelum kejohanan tetapi tersingkir tanpa sebarang kemenangan, dengan Tunisia berkedudukan kedua selepas kemenangan 4-2 berdepan Zimbabwe di Libreville.

Tunisia mara ke suku akhir dan akan menentang Burkina Faso di ibu kota Gabon hujung minggu ini manakala Senegal sudah tahu mereka akan berdepan Cameroon di sini.

Ketika kedudukan teratas sudah diketahui, jurulatih Senegal Aliou Cisse mengubah keseluruhan pasukannya tanpa kapten Kara Mbodj untuk perlawanan terakhir kumpulan.

Algeria perlukan kemenangan dan berharap kepada Zimbabwe pada satu lagi perlawanan, namun tiada keajaiban berlaku.

Mereka mendahului apabila hantaran Sofiane Hanni ke belakang dirembat ke gawang oleh Slimani dan cubaan Pemain Terbaik Afrika, Riyad Mahrez dinafikan penjaga gol ketika pasukan itu meningkatkan ancaman. - AFP

Berita Harian X