Isnin, 23 Januari 2017 | 8:15am

Burkina Faso, Cameroon mara, tuan rumah pula tersingkir

PENJAGA gol Guinea-Bissau, Jonas Mendes gagal menghalang sepakan pemain Burkina Faso, Bertrand Traore pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Franceville, sebentar tadi. - Foto AFP
PENJAGA gol Guinea-Bissau, Jonas Mendes gagal menghalang sepakan pemain Burkina Faso, Bertrand Traore pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Franceville, sebentar tadi. - Foto AFP

LIBREVILLE, Gabon: Burkina Faso dan Cameroon mara ke suku Piala Negara-Negara Afrika manakala tuan rumah, Gabon tersingkir.

Gabon terikat 0-0 dengan Cameroon di sini, sekali gus menyaksikan lawannya itu layak ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan A.

Burkina Faso menjuarai kumpulan menerusi perbezaan gol selepas menang 2-0 ke atas Guinea-Bissau di Franceville.

Jaringan sendiri Rudinilson Silva dan gol daripada Bertrand Traore memberikan naib juara 2013, Burkina Faso kemenangan yang untuk mereka mara dan mengungguli kedudukan teratas.

Mereka akan terus berada di sini untuk menghadapi suku akhir pada Sabtu ini manakala Cameroon akan menentang Senegal di Franceville pada hari sama.

Ghana adalah pasukan pertama yang sudah menempah tempat ke suku akhir setakat ini.

Gabon pula muncul tuan rumah keempat yang disingkirkan daripada Piala Negara-Negara Afrika di peringkat kumpulan, dan pertama sejak Tunisia pada tahun 1994. - AFP

Berita Harian X