Jumaat, 6 Januari 2017 | 9:12pm

Rawang Bear Run gamit 1,500 peserta

NOEL Azzy (kiri) bersama K Jamilchelvan merasmikan Rawang Bear Run 2017 di Rawang.
NOEL Azzy (kiri) bersama K Jamilchelvan merasmikan Rawang Bear Run 2017 di Rawang.

RAWANG: Seramai 1,500 peserta dijangka menyertai larian komuniti, Rawang Bear Run 2017 yang bakal berlangsung pada 22 Januari ini dalam usaha mempromosi Bandar Anggun, Rawang selain memupuk gaya hidup cergas dan sihat.

Wakil pengajur, Noel Azzy, berkata sebanyak dua kategori jarak larian dipertandingkan iaitu 12 kilometer (km) dan 5km yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000 untuk dimenangi termasuk cabutan bertuah.

"Sempena dengan penganjuran larian ini, kita juga turut mengadakan turut karnival jualan menampilkan lebih 50 gerai jualan usahawan produk tempatan. Terdapat 25 'food truck', persembahan artis, perkhidmatan rawatan Islam dan pemeriksaan kesihatan percuma," katanya.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengurus Jualan Hong Bee Property Management Sdn Bhd, K Jamilchelvan merasmikan Rawang Bear Run 2017.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh rujuk melayari laman web www.sharityworld.com untuk menyertai larian berkenaan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Januari.

Berita Harian X