Khamis, 8 Disember 2016 | 5:27pm

YAKEB pelawa atlet segera mendaftar

PENGURUS Operasi YAKEB, Aminuddin Mohd Nasir melawat bekas atlet silat negara, Shuhardi Chin di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown, hari ini. - Foto Zulaikha Zainuzman
PENGURUS Operasi YAKEB, Aminuddin Mohd Nasir melawat bekas atlet silat negara, Shuhardi Chin di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown, hari ini. - Foto Zulaikha Zainuzman

GEORGETOWN: Demi memastikan nasib atlet negara terbela, Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) meminta semua ahli sukan negara segera mendaftarkan diri dengan pertubuhan terbabit. 

Pengurus Operasi YAKEB, Aminuddin Mohd Nasir, berkata atlet yang tidak berdaftar dengan YAKEB akan berhadapan masalah pada masa akan datang jika mereka ditimpa kecelakaan. 

"Pernah ada kes atlet yang tidak berdaftar dengan YAKEB terbabit dalam kemalangan, namun pihak kami tidak dapat membantu mereka. 

"Sekiranya atlet mendaftar dengan Yakeb, dia akan diberikan bantuan termasuklah kos pembiayaan rawatan di hospital dan bantuan khairat kematian sebanyak RM20,000," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas atlet silat negara, Shuhardi Chin, 41 dan mangsa tembakan rambang pada Khamis lalu iaitu jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 27.

Berita Harian X