Sabtu, 3 Disember 2016 | 9:39pm

Terbuka Macau: Cabaran Malaysia berakhir

PASANGAN bergu negara Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei.
PASANGAN bergu negara Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei.

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau berakhir selepas semua tiga beregu negara tewas di separuh akhir, yang berlangsung di Tap Seac Multisport Pavilion, hari ini.

Pasangan Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, yang juga pilihan kedua, kalah mengejut 21-13, 19-21, 10-21 kepada gandingan kurang ternama Indonesia, Anggia Shitta Awanda-Mahadewi Istirani Ni Ketut, dalam acara beregu wanita.

Satu lagi pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, pula tumpas 15-21, 9-21 kepada pilihan utama, Chen Qingchen-Jia Yifan dari China.

Pasangan beregu campuran kedua Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang juga pilihan ketiga, kalah 15-21, 28-30 kepada pilihan ketujuh, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Kempen Malaysia dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan perseorangan wanita, berakhir semalam.

- BERNAMA

Berita Harian X