Selasa, 15 November 2016 | 8:22pm

Vivian-Khe Wei akui sukar di Terbuka China

BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.
BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei semakin terdesak untuk menghasilkan keputusan positif tetapi mereka berdepan laluan sukar apabila turun beraksi di pusingan pertama Terbuka China, esok.

Sebagai rekod, beregu nombor satu negara tu hanya pernah sekali bergelar juara dengan memenangi Terbuka Indonesia pada 2011.

Vivian-Khe Wei akan membuka tirai saingan menentang pasangan Taiwan Lin Xiao Min-Chien Wu Fang dan dijangka berdepan pilihan kedua dari Korea Selatan, Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan dalam perebutan tempat ke suku akhir.

"Ia akan menjadi saingan yang sukar untuk kami, lebih-lebih lagi ini adalah kejohanan bertaraf Siri Super Premier. Namun, kegagalan menjuarai sebarang kejohanan meningkatkan lagi motivasi kami.

"Apa yang kami mahukan adalah menghasilkan keputusan positif kerana pencabar terdekat kami sudah berjaya melakukannya," kata Vivian.

Turut akan memulakan aksi esok ialah dua pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Zulfadli Zulkifli, selain beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei, yang sepatutnya turun sebagai pilihan pertama menarik diri lebih awal kerana kecederaan hamstring.

Berita Harian X