Selasa, 1 November 2016 | 11:34pm

SOJC: Malaysia raih mata sulung ikat Australia

PEMAIN Malaysia, Muhd Amirol Aideed Mohd Arshad (kanan) berebut bola dengan pemain Australia, Tim Brand pada Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN Malaysia, Muhd Amirol Aideed Mohd Arshad (kanan) berebut bola dengan pemain Australia, Tim Brand pada Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHRU: Aksi pasukan hoki Malaysia pada malam ini lebih baik daripada sebelum ini, namun banyak yang perlu diperbaiki terutamanya ketika penyudah, kata jurulatih skuad remaja negara, Wallace Tan.

Tan berkata, walaupun beliau gembira dengan persembahan anak didiknya yang berjaya mengikat Australia dengan keputusan seri 2-2 namun ia bukanlah berita gembira baginya.

"Kita telah melakukan kesilapan apabila memberi ruang kepada Australia untuk menjaringkan dua gol pada malam ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Malaysia terpaksa berpuashati dengan satu mata selepas terikat seri 2-2 dengan Australia pada perlawanan kedua Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016.

Katanya, beliau telah melakukan beberapa perubahan dari segi 'setup' pada malam ini namun beberapa kesilapan terus berlaku.

Tan berkata walaupun gagal mengutip tiga mata malam ini, pasukan Australia sudah pasti akan bangkit pada perlawanan menentang New Zealand esok bagi memperbaiki kedudukan mereka.

Malaysia dijadual menentang Pakistan pada perlawanan ketiga pada pukul 8.30 malam. - BERNAMA

Berita Harian X