Khamis, 20 Oktober 2016 | 8:25am

Di Maria bantu PSG raih tiga mata

PEMAIN Basel, Taulant Xhaka (kiri) cuba menyekat Di Maria dalam aksi perlawanan Liga Juara-Juara, di Parc des Princes, awal pagi tadi. - Foto EPA
PEMAIN Basel, Taulant Xhaka (kiri) cuba menyekat Di Maria dalam aksi perlawanan Liga Juara-Juara, di Parc des Princes, awal pagi tadi. - Foto EPA

PARIS: Gol pertama Angel Di Maria musim ini memastikan kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) apabila menewaskan Basel 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Di Maria mencatat gol pembukaan pada babak pertama sebelum Lucas menggandakan gol buat PSG hanya selepas sejam perlawanan.

Edinson Cavani meraih penalti lewat permainan bagi melengkapkan kejayaan buat kelab gergasi Perancis itu untuk mencerahkan peluang mara ke kelompok 16 pasukan terakhir.

PSG kekal tujuh mata di kedudukan teratas Kumpulan A bersama Arsenal, yang menewaskan Ludogorets 6-0 di London dengan Basel dan Ludogorets, kedua-duanya ketinggalan enam mata.

Keputusan seri dalam perlawanan timbal balik di Basel selepas ini sudah cukup memastikan PSG meneruskan perjalanan ke pusingan seterusnya.

"Kami bernasib baik dan Alphonse (Areola) berada di pasukan kami, dan dia banyak membantu menyelamatkan gol," kata pemain tengah, Adrien Rabiot kepada Canal Plus selepas perlawanan.

"Anda memerlukan tuah dalam permainan sebegini. Tapi kami juga mengawal permainan dan paling penting, kami menang," katanya. - AFP

Berita Harian X