Rabu, 5 Oktober 2016 | 9:46am
JUARA dunia tinju heavyweight Britain, Tyson Fury. - Foto www.independent.ie
JUARA dunia tinju heavyweight Britain, Tyson Fury. - Foto www.independent.ie

Fury akui ambil alkohol berlebihan, dadah

LONDON: Juara dunia tinju heavyweight, Tyson Fury menggunakan alkohol dan mengambil dadah kokain bagi membantunya mengatasi masalah kemurungan, katanya kepada majalah Rolling Stone yang diterbitkan, semalam.

"Saya sentiasa pergi minum, Isnin ke Jumaat ke Ahad dan mengambil kokain. Saya tidak dapat mengawalnya (kemurungan) dan satu-satunya perkara yang membantu saya ialah apabila saya mabuk dan tidak sedar," kata peninju dari Britain itu.

"Saya mengambil begitu banyak kokain. Begitu banyak. Mengapa saya perlu mengambil kokain? Ia adalah hidup saya bukan? Saya boleh lakukan apa yang saya mahu, ...ia bukannya dadah bagi meningkatkan prestasi.

"Saya tidak pernah mengambil dadah lain, tidak pernah sepanjang hidup saya. Saya hanya memulakan dengan kokain sejak beberapa bulan lalu," kata penyandang juara tali pinggang WBA dan WBO itu.

Fury yang sememangnya terkenal dengan kontroversi dan bermulut lantang berkata di sudah pun berhenti mengambil dadah itu pada 1 Oktober lalu.

Wakil kepada Fury tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen ketika dihubungi Reuters.

ESPN melaporkan pada minggu lalu yang Fury, 28 didapati positif untuk kokain menerusi surat pendedahan yang dibuat oleh Agensi Anti Doping Sukarela (VADA).

VADA juga enggan untuk memberikan komen dan Reuters gagal untuk mengesahkan perincian laporan terbabit.

Ditanya oleh Rolling Stone adakah dia 'bersih' ketika bertarung, Fury berkata: "Tiada dadah langsung, tiada dadah langsung.

"Saya tidak pernah mengambil dadah untuk membantu saya dalam tinju sepanjang hidup saya. Tidak pernah langsung mengambil dadah perancang."

Awal tahun ini, Fury didakwa dengan kesalahan doping oleh Anti-Doping UK selepas ujian air kencing pada Februari 2015 - sembilan bulan selepas dia menewaskan Wladimir Klitschko untuk memenangi gelaran dunia WBA dan WBO didapati mengandungi nandrolone.

Dia tegas mengatakan tidak bersalah dan bertindak menyaman anti-doping UK dan pihak berkuasa terhadap tinju.

"Jika saya didapati positif pada Februari 2015 kerana dadah, kenapa benarkan saya bertarung dengan penyandang juara dunia dan memaksanya menanggalkan tali pinggangnya pada November? Kenapa tidak gugurkan saya pada Februari?

Dia dijadualkan untuk mempertahankan gelarannya menentang Klitschko pada Julai lalu namun menarik diri akibat kecederaan buku lali.

Ia dijadualkan semula pada bulan ini namun ia sekali lagi tertangguh disebabkan keadaan perubatan yang tidak diberikan perincian. - Reuters

Berita Harian X