Sabtu, 27 Ogos 2016 | 7:29am

Nicol mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David.
RATU skuasy negara, Datuk Nicol David.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong selepas mengetepikan cabaran pemain Perancis, Camille Serme di suku akhir.

Dalam aksi suku akhir di Pusat Sukan Hong Kong Park, Nicol, 33, yang juga pemain nombor tiga dunia menjinakkan Serme 11-8, 13-11, 7-11, 11-2.

Di separuh akhir, Nicol akan menentang pilihan kelima Nouran Gohar dari Mesir yang mengejutkan pilihan kedua dari England, Laura Massaro 11-8, 11-9, 8-11, 8-11, 14-12 dalam pertarungan sengit yang berlanjutan selama 80 minit. - BERNAMA

Berita Harian X